Sabtu, 20 Disember 2014

Najib yakin Harimau Malaya mampu tebus kekalahan, julang Piala AFF Suzuki


 
DATUK Seri Najib Razak ketika menyampaikan kata-kata semangat menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube kepada pasukan Harimau Malaya.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyampaikan kata-kata semangat menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube kepada pasukan Harimau Malaya yang akan berdepan dengan Thailand pada aksi kedua final Piala AFF Suzuki, malam ini.
Dalam klip video kira-kira 40 saat itu, Perdana Menteri percaya pertemuan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8 malam ini, skuad bola sepak Malaysia mampu menebus kekalahan 0-2 kepada Thailand di Bangkok, Rabu lalu.
"Saya percaya pasukan Malaysia mempunyai kebolehan untuk menjulang Piala AFF Suzuki.
"Mainlah dengan penuh semangat dan rakyat Malaysia berdoa semoga pasukan Malaysia mencapai kejayaan menebus kekalahan di Bangkok baru-baru ini serta membawa satu permainan yang cukup hebat dan cemerlang," kata Perdana Menteri.
Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan negara jiran itu dalam pertemuan akhir pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lalu.
Skuad Harimau Malaya beraksi di final kali ketiga dalam kejohanan edisi 2014 selepas 1996 dan 2010.
Malaysia muncul juara kali pertama dalam edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal.
GELAGAT peniaga, Hagna Hafiz Ismail, 42 (kanan) bersama rakannya yang menjual pelbagai jenis barangan cenderamata sempena kehangatan menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2014 antara Malaysia dan Thailand di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Ghazali Kori
PENYOKONG Thailand, Safiyah Ia Teh, 19, (kiri) dan Farida Beraheng, 23, menunjukkan tiket sebelum memasuki stadium menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2014 di antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Azhar Ramli
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 20.12.2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan