Wartawan Sinar Harian
1 Disember 2014
Safee percaya jaringan gol dihasilkannya
mampu lonjak keyakinan menjelang aksi separuh akhir nanti. Safee percaya jaringan gol dihasilkannya mampu
lonjak keyakinan menjelang aksi separuh akhir nanti.
Tetap merendah diri dan masih
banyak perlu diperbaiki, Safee melihat kemarau jaringan gol bersama pasukan
kebangsaan banyak dibantu rakan sepasukan yang beraksi sebagai satu pasukan.
"Terus terang saya katakan
segala yang berlaku ke atas diri sebelum aksi berlangsung tidak mengganggu
fokus malah ia lebih memberikan kekuatan untuk mempamerkan aksi terbaik
membantu pasukan.
"Selepas hampir meletakkan
pasukan di depan pada penghujung babak pertama, keyakinan terus meningkat dan
percaya mampu menjaringkan gol membantu pasukan.
"Alhamdulillah jaringan
gol terhasil semuanya bantuan rakan sepasukan yang beraksi cemerlang mengerah
kudrat sepenuhnya memastikan tiga mata dikutip," katanya.
Mengulas sasaran penjaring
terbanyak dalam kejohanan kali ini, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu
tidak mahu memikirkannya malah meletakkan kemenangan pasukan sebagai keutamaan.
"Tiada sasaran peribadi
untuk kali ini, tidak kisah siapa yang jaringkan gol yang penting Harimau
Malaya mencapai kemenangan.
"Kita akan berusaha
memperbaiki corak permainan dari semasa ke semasa, yang penting kita
berusaha," jelasnya yang merangkul gelaran Anugerah Kasut Emas pada Piala
AFF 2010 dengan ledakan lima gol .SUMBER-SINAR HARIAN OOLINE 1 Disember 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan