Rabu, 3 Disember 2014

Indra kembali ke Kelantan?



Indra kembali ke Kelantan?
 
OLEH YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
INDRA dilaporkan akan kembali menyertai Kelantan dalam saingan Liga Super musim depan.

PEMAIN sayap berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin dikhabarkan akan kembali ke pangkuan Kelantan musim hadapan selepas menabur bakti bersama Felda United tahunini.
Sumber rapat dengan pemain berkenaan mendedahkan, tonggak Harimau Malaya itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di salah sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.

“Pertemuan dengan (Tan Sri) Annuar itu dijangka membincangkan secara lebih terperinci berkaitan dengan tawaran yang diberikan oleh KAFA kepada Indra.

“Tetapi seecara lisannya, Indra dilaporkan telah bersetuju untuk kembali semula ke pangkuan The Red Warriors musim hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Spekulasi berhubung pemain berusia 33 tahun itu kembali ke Kelantan bertiup kencang di laman sosial facebook penyokong tegar Kelantan yang memperkatakan beliau akan menabur bakti bersama The Red Warriors musim 2015.

Indra merupakan salah seorang tonggak yang membantu Kelantan menjulang gelaran trebel pada musim 2012.

Akhabar tempatan sebelum ini melaporkan, rakan sepasuknya Nor Farhan Muhamad atau Ben10 mengakui mahu bergandingan semula dengan Indra dan Mohd. Badhri Radzi yang dianggap paling serasi dan digeruni lawan ketika membantu Kelantan mengecapi kejuaraan trebel pada musim 2012.

Jelasnya, jika benar Indra kembali menyer–tai Kelantan musim de–pan, ia merupakan satu bonus buat peminat dan juga pasukan.

Pencapaian terbaik Indra musim ini ialah membantu Felda United mara ke perlawanan akhir Piala FA namun tumpas 1-2 ditangan Pahang.
Sumber-
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3KnqFydNSHakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan