Sabtu, 20 Disember 2014 @ 7:47
PM
KUALA LUMPUR: Kesebelasan utama
hampir sama diturunkan ketua jurulatih skuad Malaysia, Dollah Salleh pada
perlawanan kedua final Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil,
malam ini.
Satu-satunya pemain yang
digugurkan pada aksi pertama di Stadium Rajamangala Bangkok, ialah pertahanan
tengah, Mohd Fadhli Shas.
Tempatnya digantikan pertahanan
tinggi lampai PDRM, Mohd Afif Amiruddin.
Gandingan veteran, Shukor Adan,
Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Badhri Radzi turut dikekalkan.
SKUAD NEGARA
Farisal Marlias, S Kunanlan,
Shukor Adan, Zubir Azmi, Afif Amiruddin, Azamuddin Akil, Safiq Rahim, Badhri
Radzi, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha
SEBAHAGIAN penyokong Harimau
Malaya bersemangat sebelum sepak mula pada aksi final kedua Piala Suzuki AFF
2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Ghazali Kori
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 20.12.2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan