Ahad, 7 Disember 2014

Harimau sudah bersedia 200%

MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  06 Disember 2014 12:36 AM

 bahang SEMAKIN TERASA...Beribu-ribu peminat membanjiri perkarangan
bahang SEMAKIN TERASA...Beribu-ribu peminat membanjiri perkarangan
BAHANG SEMAKIN TERASA...Beribu-ribu peminat membanjiri perkarangan Stadium Shah Alam semalam untuk membeli tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dengan Vietnam sejak pukul 7 pagi. Difahamkan sebanyak 18,000 daripada 70,000 tiket masih berbaki yang akan dijual hari ini. – utusan/Saharuddin Abdullah
PETALING JAYA - Hanya sehari sahaja lagi sebelum perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2014 menentang Vietnam, mental dan fizikal para pemain Harimau Malaya kini sudah mencapai tahap “200 peratus” dan hanya menunggu untuk meledak di Stadium Shah Alam malam esok.
Bekas jurulatih Pahang dan PDRM itu mengakui, tiada apa yang boleh dirahsiakan oleh pasukan Vietnam daripada pengetahuan kem negara memandangkan kedua-dua pasukan bukanlah asing antara satu sama lain.
Tambahnya, segala maklumat mengenai Vietnam telah disalurkan oleh jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee selain pemerhatian terperinci pembantunya, Reduan Abdullah yang menyaksikan skuad bimbingan Toshiya Miura itu beraksi ketika menentang Laos di peringkat kumpulan.
“Jika ditanya tahap persediaan kami, saya boleh katakan kami kini sudah berada di kemuncak dan fokus kami 200 peratus kepada perlawanan menentang Vietnam Ahad ini.
“Segala kekuatan dan kelemahan Vietnam sudah dikaji sepenuhnya, bukan sahaja melalui pemantauan khas Kim Swee semasa berada di Hanoi, tetapi juga menerusi Reduan yang turut berkesempatan menonton aksi pasukan itu semasa bertemu Laos.
“Andai kata lawan meletakkan sembilan pemain sekali pun untuk bertahan, kami mesti mendapatkan gol supaya dapat membawa ke­lebihan untuk pertemuan separuh akhir kedua kelak.
“Para pemain mahu memberikan sesuatu yang istimewa kepada penyokong walaupun tanpa Amri Yahyah dan Shukor Adan (kedua-duanya digantung satu perlawanan).
“Ketiadaan mereka berdua tidak menjejaskan kekuatan kami,” katanya dalam sidang akhbar pe­ngurus pasukan di Wisma FAM semalam.
Berdasarkan statistik pertemuan antara Malaysia dan Vietnam, tugas berat dijangka menanti Dollah ke­rana dalam lima pertembungan ter­akhir sejak Piala AFF 2008, skuad negara hanya menang sekali iaitu pada separuh akhir pertama 2010 dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sementara itu, bek kanan Harimau Malaya, Mahali Jasulli mene­gaskan barisan pertahanan tidak boleh membuka ruang kepada pemain sayap Vietnam yang diketahui cukup pantas mengasak.
Katanya, dalam masa yang sama mereka tidak boleh terlalu ghairah dalam melakukan serangan agar tidak dihukum oleh lawan yang kini diberi jolokan ‘Jepun Asia Tenggara’ kerana mempunyai teknik hantaran dan corak permainan me­ngagumkan.
“Memang kami kalah 1-3 kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan (16 November lalu di Hanoi) dan sudah tentu saya harap bahagian benteng lebih pantas mengesan pergerakan mereka.
“Sebagai pemain yang pernah beraksi pada edisi 2010, pertembungan ulangan seperti mana separuh akhir tahun berkenaan memberikan kami keyakinan bahawa sejarah boleh berulang.
“Saya akan bermain seperti mana anda saksikan sebelum ini dan mengikut apa jua arahan jurulatih untuk memastikan kami memenangi perlawanan itu nanti,” katanya.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-sudah-bersedia-200-1.33047#sthash.OjY1ipVd.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan