Sabtu, 20 Disember 2014

Barisan kemungkinan Harimau Malaya

Mohd Fahmi Ismail

20 Disember 2014 
 Barisan kemungkinan Harimau Malaya
    Barisan kemungkinan Harimau Malaya     
 
MALAM ini, Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi detik penentu pasukan manakah akan ditabalkan sebagai Raja Asia Tenggara Edisi 2014 apabila Malaysia dan Thailand akan membuat perhitungan terakhir merebut trofi Piala AFF Suzuki.
Skuad negara pimpinan Dollah Salleh tewas 0-2 pada perlawanan akhir pertama di Bangkok, Rabu lalu sekali gus menghampakan puluhan juta peminat bola sepak tempatan.
Tetapi, peluang pemain Harimau Malaya bangkit masih ada kerana 90 minit perlu diharungi dengan syarat menang 3-0 tanpa balas daripada pihak lawan.
Persoalan timbul, bolehkan Malaysia sekali lagi mencipta 'comeback' kerana tuah tidak selalu ada dalam permainan bola sepak.
Tamat badi
Bagi Thailand, mereka sudah tentu ingin menamatkan badi tanpa kejuaraan selepas mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir AFF 2002.
Untuk rekod, Thailand kalah dalam tiga penampilan di final pada 2007, 2008 dan 2012.
Menurut penjaga gawangnya, Kawin Thamsatchanan dalam sidang media baru-baru ini, dia mahu menjadikan pentas final kali ini bagi me­nebus kembali kekalahan pada edisi 2012 di tangan Singapura.
“Bukan satu tugas yang mudah berdepan Singapura, juara tiga kali pada perlawanan akhir yang lalu dan inilah kesempatan terbaik bagi kami menamatkan penantian sejak sekian lama (kali terakhir Thailand menang 2002).
“Semangat semua pemain ter­nya­ta begitu berkobar-kobar dan sa­ya nampak kami kali ini amat mahukan trofi AFF,” katanya.
Yakin bangkit
Pengendali Malaysia, Dollah yakin anak didiknya mampu bangkit dalam perlawanan akhir kedua di Bukit Jalil, hari ini.
Katanya, situasi di Bangkok tidak lagi berulang yang menyaksikan skuadnya bermain dalam keadaan tertekan dan kesilapan bahagian pertahanan membolehkan Gajah Perang menjaringkan kedua-dua gol.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 20.12.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan