07 Disember 2014 10:00 PM
SHAH ALAM 7 Dis. - Malaysia
memilih laluan berduri untuk mencari tiket ke perlawanan akhir Piala AFF
selepas tewas 1-2 kepada Vietnam dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium
Shah Alam, sebentar tadi.
Harimau Malaya bermula langkah
kanan apabila terlebih dulu membuka jaringan menerusi ketua pasukan, Safiq
Rahim seawal minit ke-13 hasil sepakan penalti selepas bola terkena tangan
salah seorang pertahanan Vietnam.
Pasukan pelawat yang mempamer
corak permainan pantas sejak awal permainan bagaimanapun menghukum anak-anak
buah Dollah Salleh dengan menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak dekat Vo
Huy Toan pada minit ke-32.
Vietnam menggandakan asakan
pada separuh akhir kedua dan akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua menerusi
Van Quyet Nguyen pada minit ke-60, sekali gus memberi kekalahan buat pasukan
negara. - UTUSAN ONLINE
- sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-tumbang-di-shah-alam-1.33529#sthash.S7f1nLjm.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan