Kuala Lumpur: ”Esok (hari ini)
adalah perjuangan terakhir yang harus diteruskan. Walaupun ketinggalan 2-0,
tetapi di depan penyokong sendiri kita harus buktikan sesuatu.”
Demikian harapan kapten Shukor
Adan (gambar) menjelang pertemuan final kedua Piala AFF bertemu Thailand di
Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Shukor yang pernah beraksi
ketika kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand pada saingan peringkat
kumpulan edisi 2004 berkata, dia tidak mahu rakan sepasukan mensia-siakan
peluang pada baki 90 minit ini.
“Saya harap pemain dapat
memberikan komitmen jauh lebih baik daripada yang kita lakukan di Bangkok
supaya dapat menjuarai Piala AFF.
“Walaupun hakikatnya ia tugas
cukup berat takkan kami nak tewas dengan begitu mudah ke atas Thailand.
“Saya harap kita
bersungguh-sungguh demi rakyat Malaysia,” katanya.
Ditanya adakah dia serta rakan
sepasukannya sudah mempunyai jawapan untuk mengekang corak permainan pantas
Thailand, Shukor percaya ketua jurulatih Dollah Salleh sudah sedia maklmum
mengenai perkara itu.
“Kita tahu kekuatan Thailand.
Memang mereka mempunyai ciri-ciri istimewa.
“Tapi saya rasa jurulatih sudah
memberi serba sedikit nasihat untuk perlawanan final nanti,” katanya.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/17672#sthash.8PTEmHiz.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan