01 Disember 2014 4:21 PM
KUALA LUMPUR 1 Dis. -
Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF kekal diadakan di Stadium Shah Alam,
Ahad ini, tetapi jika Malaysia berjaya melayakkan diri ke final venue mungkin
dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Skuad Harimau Malaya akan menerima
kunjungan Vietnam hujung minggu ini, sebelum bertandang ke Hanoi pada 11
Disember untuk aksi separuh akhir kedua. Pemenang akan ditentukan secara
agregat.
Sementara itu, tiket untuk
perlawanan Ahad ini akan mula dijual secara atas talian esok, manakala jualan
tiket di Stadium Shah Alam pula dibuka pada Jumaat dan Sabtu.
“Sekiranya masih terdapat baki
tiket pada hari perlawanan, ia akan dijual sebelum saingan bermula. Tiket
berharga RM40 untuk dewasa dan RM10 kanak-kanak,” kata Setiausaha Agung Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam sidang akhbar di
sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/separuh-akhir-kekal-di-stadium-shah-alam-1.31439#sthash.86Z1C8wB.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan