Jumaat, 19 Disember 2014

Piala AFF: Dollah mahu sekat impian Kiatisuk

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

 mfitrie@bh.com.my
 
DOLLAH Salleh (kiri) bersama ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang ketika sidang media final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di sini, hari ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin faktor penyokong akan membantu pasukan mencipta kejutan ke atas Thailand dalam aksi final kedua, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Dalam aksi pertama di Bangkok, Rabu lalu, Malaysia tewas 2-0 sekali gus menyukarkan impian negara menjulang trofi itu buat kali kedua.
"Saya amat harap penyokong kita dapat bantu beri motivasi tambahan kepada setiap pemain negara.
"Kita juga harus guna kelebihan gelanggang sendiri untuk cuba kejutan Thailand kali ini.
"Saya mahu sekat impian Kiatisuk Senamuang untuk menjulang trofi ini sebagai jurulatih," kata Dollah pada sidang media, di sini, hari ini.
Dollah turut menyuarakan betapa dia bakal membuat sedikit rombakan dalam dalam kesebelasan utama selepas pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddinterpaksa disisihkan berikutan kecederaan pada kaki kirinya.
Skuad Harimau Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal manakala Thailand menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002.
Sumber-Berita Harian online 19.12.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan