04 Disember 2014 7:39 PMKOTA BHARU 4 Dis. - Pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin akhirnya membuat keputusan untuk kekal bersama Felda United bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Berita tersebut disahkan
sendiri oleh pemain tersebut menerusi entri Facebook miliknya hari ini.
Perkhabaran itu sekali gus
menamatkan spekulasi kepulangan semula pemain tengah berpengalaman itu ke
pangkuan The Red Warriors selepas gambar pertemuanya bersama Presiden Persatuan
Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tersebar di Facebook, semalam.
Indra Putra berkata, keputusan
untuk kekal bersama Felda United dibuat bukan kerana gaji tetapi tidak mahu
membebankan majikannya bagi mencari pengganti jika dia membuat keputusan saat
akhir untuk berpindah.
“Ini bukan soal gaji sebab gaji
yang The Red Warriors tawarkan jauh lebih cukup untuk menampung hidup saya di
Kelantan tetapi dengan jadual padat dan latihan bersama pasukan Malaysia, saya
tidak mempunyai masa untuk berjumpa atau berbincang mengenai hala tuju.
“Tetapi Felda United sanggup
tunggu. Tidak adil bagi saya untuk berpindah di saat akhir memandangkan
pendaftaran pemain sudah hendak tutup.
“Lagipun agak sukar untuk Felda
United mencari pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh saya,”
katanya. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/indra-kekal-bersama-felda-1.32629#sthash.oC3Jdu53.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan