Dollah bengang pemain tiada disiplin, tinggalkan posisi
MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 08
Disember 2014 1:07 AM
PEMAIN Harimau Malaya melangkah
longlai meninggalkan padang selepas dikalahkan 1-2 oleh Vietnam dala
PEMAIN Harimau Malaya melangkah
longlai meninggalkan padang selepas dikalahkan 1-2 oleh Vietnam dalam aksi
separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Pengendali Harimau
Malaya, Dollah Salleh seperti hilang kata-kata selepas melihat pasukannya
tumbang 1-2 kepada Vietnam pada separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Shah
Alam, semalam.
Beliau mengakui hairan dengan
sikap pemainnya dan menganggap disiplin yang ditunjukkan di bahagian pertahanan
serta serangan berada pada tahap paling teruk sepanjang perlawanan.
“Terus-terang saya tidak tahu
apa yang terjadi dengan pemain sepanjang perlawanan, namun saya masih yakin
memandangkan kita masih ada 90 minit kedua.
“Pemain yang paling membuatkan
saya sedih adalah Mahali Jasulli di bek kanan yang sering meninggalkan posisi
apabila naik ke atas.
“Saya langsung tidak menjangka
Vietnam mampu bermain sebegini baik, malah saya rasa kami cukup bertuah kerana
lawan tidak menjaringkan dua atau tiga gol lagi,” katanya, semalam.
Sementara itu, ketua pasukan
negara, Safiq Rahim, menganggap kekalahan tersebut adalah berpunca daripada
mereka sendiri kerana terlalu membuka ruang kepada lawan.
Tambahnya, selepas mendahului
lawan, terdapat sedikit kelonggaran yang ketara dalam permainan mereka sehingga
Vietnam mudah masuk ke dalam kawasan kubu negara.
“Memang kesalahan kami sendiri
kerana terlalu leka dan banyak melakukan kesilapan dalam permainan hari ini.
“Pada 10 minit pertama, kami
boleh mengimbangi rentak mereka namun lama-kelamaan kami seperti kehilangan
arah.
“Namun, ini bukan pengakhiran
buat kami kerana di Hanoi, saya dan rakan-rakan akan cuba bangkit ditambah
dengan kehadiran semula Shukor Adan serta Amri Yahyah,” katanya.
Pemain negara hanya berehat
beberapa jam selepas perlawanan semalam kerana perlu berlepas ke Hanoi seawal
jam 9 pagi ini untuk menghadapi separuh akhir kedua, Khamis ini.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/apa-kau-orang-buat-1.33755#sthash.nPXGdBwB.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan