ARKIB : 22/06/2011
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Penyerang skuad Olimpik negara,
Syahrul Azwari Ibrahim mengakui kecewa kerana gagal menghasilkan gol penting
pada lewat permainan ketika menentang Lebanon pada perlawanan pusingan pertama
kelayakan Olimpik di Beirut, Ahad lalu.
Untuk itu, penyerang berusia 18 tahun itu tekad
menebus kehampaan pada aksi timbal balik, esok.
Dia sepatutnya meletakkan Malaysia di depan, sekali
gus menjadi bekalan selesa pada aksi timbal balik di Stadium Nasional esok,
jika tidak kerana gugup sewaktu membawa bola ke gawang Lebanon.
"Seorang penyerang harusbertindak pantas,
tidak teragak-agak membuat keputusan, itulah yang saya gagal lakukan pada
perlawanan itu," katanya ketika ditemui semalam.
Pada waktu kecederaan perlawanan di Beirut, Syahrul
Azwari yang dibawa masuk pada babak kedua hampir mengejutkan pasukan Asia Barat
itu, jika bukan kerana lambat bertindak balas ketika menghampiri gawang gol
lawan.
Pemain kelahiran Tanah Merah itu tidak pasti sama
ada dia akan diturunkan esok, namun berjanji tidak akan mengulangi kesilapan
jika peluang sedemikian terhidang lagi.
"Sudah pasti saya berharap dapat beraksi pada
perlawanan getir Khamis ini (esok), tetapi terpulanglah kepada jurulatih.
"Sekiranya diberi kepercayaan, saya harap
dapat tebus kesilapan itu dan tunaikan tanggungjawab sebagai penyerang iaitu
menjaringkan gol, sekali gus membantu Malaysia mara ke pusingan
seterusnya," katanya yang menjaringkan empat gol Liga Super musim ini.
Rakan penyerang, Izzaq Faris Ramlan pula
menegaskan, benteng Lebanon biarpun kebal, tetapi bukan mustahil untuk
ditembusi.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5eSBCLkRa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan