ARKIB : 13/07/2011
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
"Malaysia akan sentiasa muncul yang terdahulu,
kemudian baru Arsenal," katanya mengulas persahabatan Jelajah Asia Arsenal
2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sekali gus menjadi pemanas badan anak
buah Datuk K. Rajagobal menjelang kelayakan Piala Dunia 2014 menentang
Singapura, 23 Julai ini.
Tengku Abdullah bagaimanapun menggesa skuad negara
yang diketuai Safiq Rahim agar mengutip ilmu bola sepak dan pengalaman berharga
itu dengan sebaik-baiknya daripada pertemuan dengan barisan pemain bertaraf
dunia seperti Theo Walcott, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Robin van Persie.
"Bermainlah dengan baik dan nikmati perlawanan
itu tetapi semoga anda bebas daripada kecederaan kerana misi terpenting ialah
menentang Singapura (dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan di
Stadium Jalan Besar)," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Ditanya mengenai kontrak Rajagobal selaku ketua
jurulatih negara yang bakal berakhir tidak lama lagi, katanya, FAM akan cuba
menyelesaikan hal itu selepas skuad negara melalui semua tugasannya (termasuk
dengan Liverpool, Sabtu dan Singapura).
Sejak dilantik menggantikan B. Sathianathan selepas
kelayakan Piala Asia pada 2009, Rajagobal sudah membantu Malaysia meraih pingat
emas Sukan SEA Laos tahun yang sama dan Piala Suzuki AFF, Disember tahun lalu.
Kongsi Konten di :
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5eYLbMCCb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan