ARKIB : 17/06/2011
Rajagobal (tengah) menunjukkan tiket edisi khas
perlawanan persahabatan Malaysia XI dengan Arsenal pada majlis pelancaran di
Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
KUALA LUMPUR - Penyerang yang semakin mencipta
nama, Abdul Hadi Yahya menjadi sandaran tunggal Harimau Malaya pada bahagian
serangan bagi menghadapi Myanmar dalam perlawanan persahabatan di Stadium
Sultan Muhammed IV, esok.
Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berkata,
ini ekoran kecederaan yang dialami penyerang lain seperti Norshahrul Idlan
Talaha, Shahrizal Saad, Ahmad Fakri Saarani dan S. Chanturu.
"Buat masa ini hanya tinggal satu penyerang
sahaja yang boleh disenaraikan bagi berdepan Myanmar iaitu Abdul Hadi Yahya.
"Pemain pertahanan, Hisyamudin Sha'ari juga
belum pulih.
"Saya cuba mencari kombinasi yang sesuai
dengan pemain yang ada, selain melakukan eksperimen bagi mendapatkan taktikal
bersesuaian.
"Mungkin selepas perlawanan dengan Myanmar nanti,
saya akan fikirkan membawa satu atau dua penyerang baru ke dalam pasukan, namun
ia bergantung kepada tahap kecederaan pemain yang ada dalam skuad sekarang,
" katanya di Wisma FAM, semalam.
Rajagobal juga membayangkan skuad negara pasti
kehilangan khidmat Norshahrul pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala
Dunia bertemu Taiwan ekoran kecederaan urat pelipat lutut.
"Norshahrul mungkin tidak sempat pulih bagi
menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia," katanya.
Hadi, yang menjaringkan gol dalam penampilan
pertamanya dengan pasukan kebangsaan ketika menentang Hong Kong baru-baru ini,
menjadi pilihan digandingkan dengan Safee Sali ketika bertemu Taiwan.
Bagi Hadi, dia sedia bermain dengan Safee kerana
penyerang Pelita Jaya itu bukan asing buatnya.
"Saya pernah bersama Safee selama dua ke tiga
tahun semasa bersama Selangor, jadi ia bukan satu masalah buat saya, "
katanya.
Bagi perlawanan dengan Myanmar esok, Hadi yang
meledak 16 gol bersama Terengganu mengakui tertekan tetapi berazam melakukan
yang terbaik.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5eN7F6vrO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan