ARKIB : 15/07/2011
BACARY Sagna bersalam dengan pemain skuad negara
selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. - REUTERS
KUALA LUMPUR - Pemain pertahanan Arsenal, Bacary
Sagna mengakui skuad Malaysia memberikan Gunners ujian yang baik pada
perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Pertahanan antarabangsa Perancis itu diturunkan
pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal mencatat
kemenangan 4-0 di hadapan lebih 50,000 penonton.
Malah Sagna juga percaya saingan yang diberikan
oleh anak buah Datuk K. Rajagobal adalah ideal sebagai persediaan untuk
menghadapi musim baru.
"Mereka bermain sungguh baik dan mampu
membuatkan separuh masa pertama menjadi sukar buat kami.
"Bagaimanapun kami tetap bermain dalam satu
pasukan yang bagus hari ini (kelmarin).
"Kami juga dapat mengawal perlawanan namun
mereka tetap berupaya bermain dengan baik. Kami baru sahaja mahu bersedia untuk
musim baru tetapi mereka terus bermain dan tidak menunggu kami,'' kata Sagna.
Kelmarin, skuad Gunners memperoleh jaringan melalui
sepakan penalti Aaron Ramsey seawal minit ke-5, Theo Walcott (minit ke-36),
Carlos Vela (minit ke-57) dan Tomas Rosicky (minit ke-90). - Agensi
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5eYc6XUqA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan