Jumaat, 1 Februari 2019

Bola persahabatan: Malaysia ikat Hong Kong 1-1


ARKIB : 03/06/2011
03/06/2011 10:21pm

KUALA LUMPUR 3 Jun - Malaysia mengikat Hong Kong 1-1 di Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan bola sepak persahabatan sepanjang tahun ini.

Sentuhan berbisa penyerang muda Terengganu, Abdul Hadi Yahya seperti mana dia menerajui Liga Super musim ini, menyerlah dengan jaringan penyamaan buat skuad negara pada minit ke-66.

Tuan rumah bagaimanapun mengejutkan anak buah K. Rajagobal yang sedang dalam persediaan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2014, dengan gol Siu Ki Chan, enam minit terdahulu. -- Utusan
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_37.htm#ixzz5eLzom1CL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan