ARKIB : 23/07/2011
KUALA LUMPUR Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas
memuji aksi cemerlang penjaga gol Malaysia, Mohamad Farizal Marlias yang
dianggap penghalang utama kepada barisan pemain bintangnya untuk meledakkan
gol.
Beliau berkata, pasukannya memiliki banyak peluang
untuk melakukan jaringan, namun gagal disempurnakan disebabkan ketangkasan
Farizal menyelamatkan banyak percubaan anak-anak buahnya.
Penjaga gol Malaysia telah beraksi dengan baik
sekali bagi mengekang jaringan dilakukan dengan banyak, malah mereka juga
memiliki dua peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada hujung permainan,
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
perlawanan persahabatan antara skuad Pilihan Malaysia menentang Chelsea
berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, kelmarin.
Menurut Boas, keseluruhannya skuad Malaysia telah
mempamerkan aksi hebat bagi mengekang kemaraan anak-anak buahnya.
Malaysia telah memberikan permainan yang
berkualiti dan kami pula amat kurang melakukan hantaran secara menegak dan
kebanyakan hantaran yang kami lakukan secara melintang.
Kami sebenarnya memiliki banyak peluang untuk
menjaringkan gol, tetapi percubaan yang dilakukan pemain gagal menemui sasaran,
ujarnya.
Mengulas mengenai penyerang Sepanyol, Fernando
Torres yang gagal menyerlah, Boas memberitahu, persembahan Torres tidak
seharusnya dinilai secara individu kerana dia beraksi dalam sebuah pasukan.
Saya tidak faham mengapa persoalan ini kerap
dibangkitkan kerana bagi saya objektif yang paling penting ialah bermain secara
berpasukan dan bukannya menyalahkan individu, tegasnya.
Malah, Boas juga kurang menyenangi apabila yuran
perpindahan Torres yang bernilai 50 juta pound (RM243 juta) dibangkitkan kerana
baginya isu tersebut tidak seharusnya diperkatakan lagi.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5ea1SgpWj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan