ARKIB : 22/07/2011
Oleh AIZAWATI AHMAD dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my
Jumlah itu menyamai kehadiran pada perlawanan skuad
Harimau Malaya menentang Liverpool di venue yang sama Sabtu lalu.
Jumlah kehadiran kedua-dua perlawanan tersebut jauh
lebih tinggi berbanding aksi kelab Liga Perdana Inggeri, Arsenal yang menentang
skuad K. Rajagobal di stadium yang sama Rabu lalu iaitu 65,000 orang.
Peminat fanatik Blues mula memenuhi tempat duduk
stadium seawal pukul 6 petang, sekali pun perlawanan bermula pukul 8.45 malam.
Kali terakhir Chelsea mengadakan kunjungan ke
negara ini pada Julai 2008, dengan perlawanan persahabatan berkesudahan
berpihak kepada Blues 2-0 di Stadium Shah Alam.
Kehadiran Blues yang dalam Siri Jelajah Asia di
bawah bimbingan jurulatih baru, Andre Villas-Boas membuka peluang lebih luas
kepada penyokong setia Chelsea di negara ini, memandangkan perlawanan diadakan
di Stadium Nasional dengan kapasiti tempat duduk yang lebih besar berbanding di
Stadium Shah Alam.
Sambutan luar dugaan dipamerkan penyokong Chelsea
terserlah dengan suasana gamat di Stadium Nasional dengan jeritan penyokong
terutama apabila barisan pemain bintang Blues memasuki padang.
Namun, dalam keasyikan menyaksikan bintang
antarabangsa Chelsea, sorakan dan sokongan padu buat skuad Pilihan Malaysia
tetap tidak dilupakan oleh para penyokong yang turut melaungkan nama Malaysia.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5eZvfoRNR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan