ARKIB : 29/06/2011
29/06/2011 10:42pm
KUALA LUMPUR 29 Jun - Skuad bola sepak negara
berjaya memperoleh kemenangan 2-1 menundukkan Taiwan dalam saingan pertama
kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Gol pembukaan negara di perolehi melalui Safiq
Rahim pada minit ke-28 dan gol kemenangan hasil tandukan pemain pertahanan
Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-55 manakala gol tunggal Taiwan
diperolehi hasil rembatan kencang Po Liang Chen pada minit ke-77.
Selepas ini skuad kebangsaan akan berkunjung ke
Stadium Municipal Taiwan pada Ahad ini untuk perlawanan kedua. - Utusan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm#ixzz5eTCpcDe3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan