SEPANG Penjaga gol kebangsaan Sharbinee Allawee
Ramli menegaskan, penalti ketiga yang diberikan pengadil perlawanan kepada
Taiwan dalam perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014
kelmarin tidak wajar.
Menurut Sharbinee, penalti ketiga diberikan apabila
pengadil dari Vietnam, Goh Minh Tri mendakwa Sharbinee sengaja menjatuhkan
pemain lawan sewaktu cuba menangkap bola di dalam kotak penalti pada separuh
masa kedua.
Ketika itu keadaan berlaku dengan agak cepat dan
ada yang melihat ketika itu saya terkena kaki pemain lawan, namun bagi saya
penalti yang diberikan itu adalah tidak wajar.
Bagaimanapun pengadil telah membuat keputusan dan
saya tidak anggap tiga penalti yang diberikan oleh pengadil menganggu
perlawanan semalam (kelmarin), katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Pada perlawanan kelmarin di Stadium Perbandaran
Taipei, Sharbinee berjaya menyelamatkan satu gol daripada tiga penalti yang
diperoleh Taiwan.
Malah, penjaga gol Terengganu itu turut mengakui
masih banyak yang perlu diperbaikinya sekira mahu terus berada dalam
kesebelasan utama skuad kebangsaan.
Aksi saya pada perlawanan tersebut masih belum
memberi jaminan untuk berada dalam kesebelasan utama kerana masih banyak yang
harus saya tingkatkan bagi membantu skuad negara, jelas Sharbinee.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5eX6amdBK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan