Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
TONGGAK tengah Kedah, Baddrol
Bakhtiar dan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Darren Lok serta Junior
Eldstal tidak akan bersama skuad Harimau Malaya bagi mengharungi aksi kelayakan
Piala Asia 2019 menentang Korea Utara, Jumaat ini dan Selasa depan.
Baddrol dan Darren terlepas dua
aksi yang akan berlangsung di Buriram, Thailand selepas dilaporkan mengalami
kecederaan pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Keadaan itu memaksa jurulatih
Harimau Malaya, Nelo Vingada memanggil pemain muda Perak, Ahmad Khairil Anuar
Zamri dan Hadin Azman dari FELDA United bagi mengisi tempat dua pemain itu.
“Sementara Junior Eldstal yang
sebelum ini berada dalam senarai awal 24 pemain yang diumumkan pada 1 November
lalu turut tiada dalam senarai akhir Vingada, sekali gus menjadikan hanya 23
pemain akan dibawa ke Thailand.
“Skuad Harimau Malaya yang
memulakan latihan pertama, petang semalam akan turun menjalani latihan kedua
dan terakhir di Wisma FAM, petang ini sebelum berlepas ke Buriram, pagi esok,”
kata FAM dalam satu kenyataan, hari ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 6 November 2017 @ 4:31 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan