Ahad, 19 November 2017

Bola Sepak: Ranking terburuk



ARKIB : 10/04/2008
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tamparan apabila mengalami kejatuhan terburuk dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan jatuh ke tangga 170 dunia, semalam.

Malaysia mengalami kemerosotan enam anak tangga berbanding kedudukan bulan lalu, sekali gus menghuni ranking terburuk sejak 1993.

Malah, pasukan kebangsaan kita juga sekadar berada di tempat keenam di kalangan negara Asia Tenggara di belakang Thailand (ranking 96 dunia), Vietnam (115), Singapura (129), Indonesia (132) dan Myanmar (164).

Kejatuhan terburuk yang pernah dialami oleh Malaysia sebelum ini adalah menduduki tangga ke-165 dunia pada ranking Februari lalu, tetapi kita berjaya naik satu anak tangga pada ranking Mac, 2008.

Pencapaian terbaik Malaysia pula adalah pada 1993, di mana kita berjaya menduduki ranking ke-79 dunia.

Malah, dalam tempoh 15 tahun itu juga, kita pernah menempatkan diri dalam kelompok 100 terbaik dunia sebanyak empat kali, dengan berada di ke-89 pada 1994, 96 (1996) dan 87 (1997).

Kemerosotan teruk Malaysia ini didorong oleh keputusan beberapa perlawanan antarabangsa yang disertai oleh negara-negara lain tetapi tidak melibatkan skuad negara seperti kelayakan Piala Dunia dan aksi persahabatan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4yrryZqdI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan