ARKIB : 17/07/2008
PETALING JAYA - Gandingan
pemain muda dan senior dalam skuad bola sepak kebangsaan kendalian jurulatih,
B. Sathianathan bakal membentuk skuad mantap dan serba lengkap.
Kembalinya pemain berpengalaman
seperti Nizaruddin Yusof, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin dilihat
mampu menambah sengatan di jentera serangan.
Kehadiran pemain tersebut
memberi keyakinan kepada penyerang muda seperti Khyril Muhymeen Zambri dan
Zaquan Adha Abdul Radzak untuk melakukan penyudah tajam.
Bagi memperkuatkan jentera
serangan, skuad kebangsaan yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan
skuad kebangsaan India, Selasa ini dan disusuli pertembungan dengan skuad
Chelsea hujung bulan ini turut diperkuatkan dengan khidmat Safee Sali.
Bagi Nizaruddin Yusof,
pemilihan pemain senior sepertinya dan Hairuddin dapat membantu penyerang muda
mendapat lebih sokongan di bahagian depan.
''Saya berpendapat jurulatih
keputusan Sathianathan membentuk gandingan pemain baru dan senior bertujuan
menambah sengat di jentera serangan.
''Dengan kehadiran pemain
senior seperti saya dan Hairuddin, pemain muda yang mempunyai pergerakan laju
akan mendapat lebih bantuan di bahagian depan,'' katanya ketika di temui
selepas melapor diri untuk latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Nizaruddin merupakan antara 18
pemain yang dipanggil untuk latihan pusat sebelum dijangka berlepas ke
Hyderabad, Ahad ini untuk perlawanan persahabatan itu.
Sathianathan turut menyelitkan
pemain muda termasuk Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Subramaniam, Daudsu
Jamaluddin (pertahanan), Azi Shahril Azmi, Amirulhadi Zainal.
Mereka merupakan antara pemain
dari skuad junior yang kalah kepada skuad Olimpik China 0-4 dalam perlawanan
persahabatan baru-baru ini.
Bagi Hairuddin pula, kembali
berganding dengan rakan lama dalam skuad kebangsaan seperti Nizaruddin satu
peluang yang sememangnya dinanti-nantikan.
''Saya berpendapat gandingan
saya dan Nizaruddin mudah serasi kerana kami pernah digandingan sebelum ini,''
katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4zlnN7r00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan