Jumaat, 3 November 2017

Syafiq dapat panggilan jumpa Korea Utara



 SYAFIQ AHMAD (kanan) mendapat panggilan pertama menyarung jersi
SYAFIQ AHMAD (kanan) mendapat panggilan pertama menyarung jersi skuad bola sepak senior kebangsaan untuk menghadapi Korea Utara. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

01 November 2017 7:52 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More150

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad antara lapan pemain baharu yang dipanggil jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada dalam latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula Sabtu ini sebagai persiapan menghadapi Korea Utara pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Thailand, 10 dan 13 November ini.

Syafiq yang menjadi tonggak penting skuad bawah 22 tahun kebangsaan dalam Sukan SEA Ke-29 mengetuai senarai tersebut bersama tujuh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Mohd. Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S. Kunanlan serta Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Lapan pemain itu menggantikan lapan nama yang digugurkan, penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah), Amirulhadi Zainal (JDT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Ini bermakna hanya 16 pemain yang dipanggil sebelum ini dikekalkan, termasuk dua pemain yang tidak menyertai pasukan ke Hong Kong iaitu Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Bagaimanapun, hanya 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, FELDA United dan Pulau Pinang akan melapor diri pada Sabtu ini, manakala 14 pemain dari JDT dan Kedah akan melapor diri pada Isnin iaitu selepas tamat perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Ini adalah kali pertama saya dipanggil menyertai kem kebangsaan di bawah kendalian Vingada dan pastinya satu penghargaan buat diri saya sendiri dan berbangga kerana dipilih daripada yang terbaik.

“Perebutan dalam kesebelasan utama sukar kerana Hazwan Bakri dan Darren (Lok) pernah dipanggil sebelum ini dan saya tidak tahu percaturan jurulatih macam mana,” kata Syafiq kepada Utusan Malaysia.

Tambah pemain berusia 22 tahun itu lagi, dia tidak berasa sebarang tekanan bagi menghadapi Korea Utara meskipun menyedari kekuatan lawan dan tidak melihat peluang Harimau Malaya sudah tertutup rapat.

Malaysia kini berada di tangga tercorot Kumpulan B selepas tewas dua perlawanan dan seri sekali untuk mengumpul satu mata. Lebanon di tangga teratas dengan 10 mata, diikuti Hong Kong lima mata dan Korea Utara dua. Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Buriram melalui Bangkok pada Selasa, 7 November ini. - UTUSAN ONLINE

PENJAGA GOL

Hafizul Hakim

Izham Tarmizi Roslan

Khairulazhan Khalid

PERTAHANAN

Fadhli Shas

Fazly Mazlan

Junior Eldstal

S. Kunanlan

Shahrom Abdul Kalam

Nazirul Naim Che Hashim

Amirul Azhan Aznan

Kiko Insa

Adam Nor Azlin

TENGAH

Safiq Rahim

Nazmi Faiz Mansor

Safawi Rasid

Afiq Fazail

Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

Baddrol Bakhtiar

Nor Azam Abdul Azih

Wan Zack Haikal Wan Nor

Syamer Kutty Abba

PENYERANG

Ahmad Hazwan Bakri

Darren Lok

Syafiq Ahmad

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/syafiq-dapat-panggilan-jumpa-korea-utara-1.546022#ixzz4xQ9ef5Ai
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan