ARKIB : 15/08/2008
KUALA LUMPUR - Hanya kelab
UPB-MyTeam, Johor FC, Kuala Muda Naza dan KL PLUS akan beraksi dalam Liga Super
tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) , Datuk Che Mat Jusoh
berkata, keputusan itu menjadikan sebanyak 20 kelab keseluruhan akan bertanding
untuk merebut kejuaraan liga musim hadapan.
''Sebanyak 14 pasukan dari setiap
negeri manakala dua lagi dari polis dan tentera.
''Keputusan itu diputuskan
untuk tahun hadapan sahaja. Ia mungkin berubah pada tahun 2010 selepas kajian
semula dibuat kelak,'' katanya selepas mesyuarat FAM dan melihat sendiri
kualiti padang di Stadium Nasional di sini, semalam.
Tambahnya, pemilihan kelab itu
dibuat selepas mengambil kira kedudukan teratas pasukan itu sendiri di dalam
liga.
''Kita harap kelab-kelab ini
gembira dengan keputusan itu.
''Ia dilihat 'hadiah' kepada
kelab yang menunjukkan prestasi baik dan cemerlang dalam liga selama ini,''
ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ztaAMjwV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan