ARKIB : 23/07/2008
KUALA LUMPUR - Skuad negara
sekadar mencatat seri yang kedua dalam tempoh sebulan pada perlawanan bola
sepak persahabatan antarabangsa dengan mengikat India 1-1 di Hyderabad,
semalam.
Indra Putra Mahayuddin
menyelamatkan skuad negara bimbingan B. Sathianathan itu menerusi gol pada
minit ke-75 selepas ketinggalan 10 minit sebelumnya dengan jaringan Baichung
Bhutia, bekas pemain import Perak.
Malaysia menjadikan perlawanan
ini sebagai persediaan menghadapi Pestabola Merdeka, Oktober ini dan Kejohanan
Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Indonesia dan Thailand, Disember depan.
Pada 6 Jun lalu, Malaysia turut
mengikat Indonesia 1-1 di Surabaya dengan jaringan penyamaan ketua pasukan,
Shukor Adan selepas tuan rumah mendahului menerusi Bambang Pamungkas.
Malaysia juga akan menentang
kelab naib juara Liga Perdana England dan Liga Juara-juara Eropah, Chelsea pada
perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, Selasa depan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4zmNUnWj1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan