Daripada Zulfaizan Mansor di
Buriram dan Thailand
zulfaizan@bh.com.my
PERTAHANAN Johor Darul Ta’zim
(JDT), Fadhli Shas menjadi pilihan jurulatih, Nelo Vingada untuk memakai
lilitan kapten Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan
Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam ini.
Vingada menjelaskan, Fadhli
memiliki karektor untuk memacu skuad Harimau Malaya bagi mendapatkan keputusan
positif dalam aksi hidup mati mereka dalam kempen kelayakan.
“Saya fikir dia (Fadhli) layak
dan saya yakin dia mampu memimpin pasukan dengan baik sepanjang 90 minit
perlawanan nanti,” kata Vingada.
Fadhli akan menggalas tugas
sebagai ‘jeneral’ Harimau Malaya selepas ketiadaan Safiq Rahim akibat
penggantungan kerana menerima kad merah pada aksi berdepan Hong Kong pada 10
Oktober lalu yang menyaksikan mereka tewas 0-2.
Sementara itu, Fadhli berharap
semua pemain dapat memberi kerjasama sepenuhnya di atas padang bagi memastikan
kemenangan menjadi milik Harimau Malaya.
“Soal siapa kapten itu tidak
penting kerana paling utama adalah semua pemain perlu beraksi dengan baik.
“Insya-Allah kami akan berusaha
dan dengan doa daripada seluruh rakyat Malaysia, kami mampu mencapai keputusan
positif,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 11:25 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan