ARKIB : 28/07/2008
KUALA LUMPUR Pengurus
Chelsea, Luiz Felipe Scolari menganggap pertemuan dengan Malaysia malam esok
hanyalah perlawanan berbentuk latihan untuk pemain-pemainnya.
Sebaliknya perlawanan pada
Piala Keretapi di Rusia selepas ini sebagai penentu dalam memilih kesebelasan
utama pasukannya untuk memulakan musim baru Liga Perdana England bulan depan.
Tiga perlawanan pertama di
Asia termasuk menentang Malaysia lebih kepada perlawanan untuk latihan sahaja.
Tumpuan saya ialah lebih
kepada perlawanan di Rusia kerana ia ujian terbaik untuk mengenalpasti pemain
menentang Portsmouth pada 17 Ogos nanti.
Setakat ini saya sudah 75
peratus mendapat bayangan barisan terbaik yang akan dibentuk untuk sepanjang
musim baru, katanya.
Beliau berkata demikian pada
sidang akhbar sebaik tiba di Kuala Lumpur dari Macau, semalam.
Sehubungan itu, beliau
mengharapkan tuah datang ke Malaysia buat kali kedua mampu memberinya kejuaraan
Liga Perdana England pada musim baru ini.
Pada 2002, saya datang buat
kali pertama ke Malaysia bersama pasukan Brazil sebelum ke Piala Dunia di Korea
Selatan. Kami muncul juara ketika itu.
Jadi kedatangan kali kedua ini
saya harap dapat menghadiahkan saya kejuaraan Liga Perdana England untuk
Chelsea pula, jelasnya.
Pada sidang akhbar itu, Scolari
turut menunjukkan kebolehannya memberi dan menjawab salam
(assalamualaikum/waalaikumsalam) yang dipelajarinya ketika datang ke Malaysia
pada 2002 lalu.
Telatahnya itu mendapat tepukan
gemuruh pihak media dan hadirin yang datang pada sidang akhbar tersebut
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4zo82fnTK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan