Selasa, 1 Ogos 2017

Pemain bersemangat

ARKIB : 27/08/2006
Oleh: AMRAN MULUP
SHAH ALAM – Kemenangan 2-1 ke atas Thailand menyemarakkan semangat barisan skuad kebangsaan untuk meneruskan aksi cemerlang menentang Myanmar dalam perlawanan terakhir malam ini.

Kemenangan hasil jaringan dua gol menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-40 dan 77 jelas menyemarakkan semangat pemain mahu menewaskan Myanmar dan sekali gus menempat tempat ke perlawanan akhir Selasa ini.

Buat jurulatih Norizan Bakar tiada berita paling gembira apabila melihat semangat juang tinggi pemain memastikan kemenangan pertama daripada enam aksi skuad kebangsaan setakat ini.

‘‘Saya mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana bermain bersungguh-sungguh hingga ke minit terakhir.

‘‘Kemenangan 2-1 ke atas Thailand jelas menyuntik semangat juang pemain untuk menewaskan Myanmar malam esok (malam ini).

‘‘Kejayaan itu bukan semata-mata atas kecemerlangan Indra Putra semata-mata tetapi juga hasil kerjasama semua pemain,’’ ujar Norizan.

Berdasarkan corak permainan mantap itu Norizan yakin peluang skuad kebangsaan untuk menewaskan Myanmar adalah cerah.

‘‘Jika semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain ketika menewaskan Thailand dikekalkan, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menewaskan Myanmar,’’ ujarnya.

Anak didik Norizan hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata apabila bertemu Myanmar yang sudah cukup memastikan langkah kaki ke perlawanan akhir menjadi kenyataan, Selasa ini.

Dalam perlawanan pembukaan, skuad kebangsaan seri 1-1 bertemu Indonesia.

Menurut jurulatih itu, beliau akan mengekalkan barisan yang sama ketika menewaskan Thailand apabila turun menentang Myan
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4oU3vLLpn

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan