Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
SELEPAS direhatkan dalam
perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Laos, penyerang negara Safawi Rasid
tidak sabar untuk beraksi semula dalam perlawanan cukup getir berdepan
Indonesia pada separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di
Stadium Shah Alam, esok.
Pemain berusia 20 tahun itu
berkata, dua gol yang disumbangkan dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini
belum cukup memuaskan hatinya kerana misinya kini adalah untuk menewaskan
Indonesia bagi meraih tiket ke final.
“Saya direhatkan sebelum ini
dan saya rasa sudah cergas sepenuhnya dan berada di tahap terbaik untuk
diturunkan menentang Indonesia,” katanya.
Safawi antara pemain paling
konsisten dalam skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee setakat ini.
Selain menyumbat satu gol
ketika menewaskan Brunei 2-1 dan Myanmar 3-1, kepantasan dan kelincahannya
mengelecek pemain lawan adalah senjata utamanya serta memiliki rembatan kaki
kiri yang padu.
Pemain kelahiran Terengganu
yang kini mewakili Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu dijangka bergandingan
bersama Jafri Firdaus Chew dan N Thanabalan untuk menggempur kubu Indonesia.
“Kita pernah bertemu dengan
Indonesia di kelayakan AFC di Bangkok sebelum ini. Walaupun kita menang, kita
tak boleh terlalu yakin.
“Kita kena main seperti biasa
dan memang saya mahukan kemenangan ke atas Indonesia untuk ke final,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 6:04 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan