Wartawan Sinar Harian
18 Ogos 2017
Terima kasih penyokong
N Thanabalan (dua, kiri)
bersama rakan sepasukan meraikan gol kedua ketika menentang Singapura,
kelmarin.
PENJARING gol kemenangan skuad
negara ketika menentang Singapura, N Thanabalan mengakui faktor kehadiran
penyokong ke Stadium Shah Alam kelmarin bagi memberi sokongan menjadi pencetus
kebangkitan untuk menundukkan negara jiran itu.
Menurutnya, sokongan padu
40,000 penyokong sememangnya ditagih pemain, apatah lagi skuad negara
ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.
“Saya nak ucapkan terima kasih
kepada semua penyokong yang hadir. Kami sebagai pemain akui kehadiran penyokong
menjadi faktor dapat melakukan kebangkitan.Mereka tetap menyokong walaupun kami
ketinggalan pada separuh masa pertama.
“Saya harap sokongan padu ini
akan berterusan untuk perlawanan akan datang,”katanya.
Dalam perlawanan kelmarin,
Thanabalan masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan pada
minit ke-73 selepas seorang lagi pemain gantian Nor Azam Azih menyamakan
kedudukan pada minit ke-68.
Sementara itu, beliau meminta
rakan-rakan pemain terus kekal fokus bagi pertemuan menentang Myanmar Isnin
ini, sekali gus dapat mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir.
“Semua perlu bekerja keras dan
cuba mengelakkan kesilapan mudah bagi memastikan terus layak ke pusingan
seterusnya.
“Saya juga mengharapkan dapat
diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Myanmar nanti,”katanya.
Sumber berita Harian online 18
Ogos 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan