Selasa, 15 Ogos 2017

Skuad Kim Swee terus kempunan pingat


 SKUAD bola sepak negara pulang awal dari Singapura setelah sekadar
SKUAD bola sepak negara pulang awal dari Singapura setelah sekadar menduduki tempat ketiga di peringkat kumpulan.

14 Ogos 2017 3:00 AM 
BUAT kali kedua sejak Naypyidaw 2013, skuad bawah 23 tahun negara terus kempunan sebarang pingat bola sepak Sukan SEA.

Kekalahan kepada Vietnam 5-1 dan Thailand 1-0 seawal peringkat Kumpulan B di Stadium Bishan, menyekat impian skuad Datuk Ong Kim Swee untuk ke separuh akhir.

Mereka hanya mampu menumpaskan lawan kerdil seperti Timor Leste 1-0, Brunei 2-0 dan Laos 3-1 untuk menduduki tempat ketiga kumpulan.

Pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor pula dikenakan penggantungan enam perlawanan, sementara ramai pemain skuad kali ini seperti Fandi Othman, Gary Steven Robbat, D. Saarvindran dan Shahrol Saad kurang berpengalaman walaupun dengan pasukan Liga Malaysia masing-masing.
Ketidakcekapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyelaraskan program skuad belia ke Kejohanan AFC dan Liga Singapura hingga mempunyai dua jurulatih termasuk Razip Ismail turut mencelarukan pemain.


SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-kim-swee-terus-kempunan-pingat-1.514652#ixzz4pp4ZyzrZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan