Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
SENTUHANNYA tidak selincah
Lionel Messi namun cukup berbisa di depan pintu gol.
Itu kelebihan dimiliki
penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara N Thanabalan yang kini sudah
meledak tiga gol dalam dua penampilannya sepanjang temasya Sukan SEA Kuala
Lumpur 2017.
Thanabalan yang mewakili FELCRA
FC di peringkat kelab menjelaskan sudah menjadi tugasnya sebagai penyerang
untuk meledakkan gol buat pasukan.
“Bagi saya, sebagai penyerang
kita kena bijak dan berada pada posisi terbaik tepat pada masanya untuk
meledakkan gol.
“Sebagai contoh, apabila satu
hantaran silang dilakukan, kita sudah perlu berada dalam kotak penalti dan
apabila dapat peluang, kita perlu jaringkan gol.
“Apapun kerjasama berpasukan
adalah segala-galanya kerana tanpa bantuan rakan, penyerang tidak akan dapat
menjaringkan gol,” katanya.
Thanabalan menjaringkan gol
kemenangan ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1, Rabu lalu sebelum
menyumbat dua gol semasa menundukkan Myanmar 3-1, semalam.
“Terima kasih kepada semua
penyokong dan rakan sepasukan yang memberikan komitmen 100 peratus dalam setiap
perlawanan.
“Perjuangan kami belum selesai
dan kemenangan ke atas Myanmar menjadi pembakar semangat untuk kami melangkah
ke separuh akhir.
“Belum tahu lagi pasukan mana
akan kami tentang di separuh akhir, apapun kami akan tetap lawan habis-habisan
dan kemenangan ke atas Myanmar adalah malam terbaik buat saya dan pasukan,”
katanya.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 4:10 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan