16 Ogos 2017 10:56 PM
SHAH ALAM 16 Ogos - Biarpun
terlebih dahulu ketinggalan satu gol namun atas semangat juang yang tinggi
skuad bawah 22 (B-22) negara wajar diberikan pujian apabila berjaya menumpaskan
seteru utama, Singapura 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2017 di
Stadium Shah Alam hari ini.
Kekalahan kedua Singapura ini
bermaksud peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya kelihatan malap.
Dalam perlawanan sebentar tadi,
Singapura mendahului melalui gol jaringan Mohd. Amiruldin pada minit ke-38.
Bagaikan tersentak, pasukan
Malaysia mula menggandakan serangan pada separuh masa kedua dan berjaya
menghasilkan kemenangan menerusi gol-gol jaringan Mohd. Nor Azam Abdul Azim
(min. 67) dan N. Thanabalan (min. 73).
Sementara itu, Myanmar
mengalahkan Laos 3-1 dalam satu lagi perlawanan kumpulan A. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-malapkan-peluang-singapura-1.515838#ixzz4q7SuUTF8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan