Jumaat, 18 Ogos 2017

Kim Swee akui serangan tumpul, pertahanan leka

 PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan bersama penyokong selepas
PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan bersama penyokong selepas menumpaskan Brunei 2-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Sukan SEA di Stadium Shah Alam semalam. BERNAMA

Fadhilul Izmel Ishak

16 Ogos 2017 3:00 AM


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Selepas terpaksa berdepan situasi getir sebelum melakar kemenangan dalam ak­si pembukaan Sukan SEA, pengendali sku­ad bawah 22 negara Datuk Ong Kim Swee mengakui pa­sukannya masih per­lu melakukan be­berapa penambahbaikan untuk menghadapi perla­wanan seterusnya dalam kempen pe­ringkat Kumpulan A.

Skuad negara akan bertemu Singapura di Stadium Shah Alam esok, dan berdasarkan perlawanan pertama semalam Kim Swee mendapati kelekaan di bahagian pertahanan boleh menyebabkan pasukannya dihukum pihak lawan selain penyudahan yang tumpul.

Katanya, Brunei telah dia dijangka akan memberi tentangan sengit kepada anak-anak buahnya tetapi Kim Swee percaya pasukannya mampu memena­ngi perlawanan lebih awal ji­ka bahagian serangan menyempurnakan peluang yang terhidang.

“Ini perlawanan perta­ma. Kami berjaya mencipta peluang tetapi Brunei sentiasa mengejar bola dan menjadikan tugas kami un­tuk memburu gol adalah sukar. Seperti dijangka, Brunei memberi cabaran sengit namun kami berjaya mendapatkan tiga ma­ta dan saya fikir itu amat penting.
Advertisement
Powered By YuMe

“Kami diperangkap apa­­bila Brunei melakukan serangan balas di ma­na kami ‘tertidur’ selepas menjaringkan gol pa­da awal permainan. Gol pe­nya­maan itu memberi ke­sukaran kepada kami namun nasib baik pemain berusaha keras pada babak kedua dan mereka menunjukkan ke­sungguhan dan kebangkitan kerana mereka tahu kita perlu menang.

“Aksi pertama kebiasaannya sukar, namun apa yang penting kami dapat tiga mata dan selepas ini kami menentang Singapura dan Myanmar dan berdasarkan jumlah peluang yang dicipta pada malam ini (semalam) kami perlu menterjemahkannya. Itu sahaja.

“Saya percaya jika kami dapat menterjemahkannya kepada gol pasti kami dapat memberi tekanan kepada pasukan lawan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Shah Alam semalam.

Skuad B-22 negara bermula dengan garang apabila berada di depan se­awal minit keempat namun Mohamed Zulkhairy Hady Razali berjaya menyamakan kedudukan lapan minit kemudian. Gol kemena­ngan pasukan B-22 negara dijaringkan oleh Adam Nor Azlin pada minit ke-60.

Tambah Kim Swee, dia percaya skuad kendaliannya itu mampu mempamerkan permainan lebih bagus ketika menentang Singapura esok dan seterusnya bertemu Myanmar (21 Ogos) di venue yang sama.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-akui-serangan-tumpul-pertahanan-leka-1.515337#ixzz4q7h3tyY8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan