2017-08-04
Berikut senarai 24 pemain
dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad
kebangsaan, Harimau Malaya di Melaka bermula 14 Ogos ini sebagai persediaan
menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Syria (22 Ogos),
Macau (25 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos) serta perlawanan kedua Kumpulan B,
Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada
5 September 2017.
BIL
|
NAMA
|
UMUR
|
POSISI
|
PASUKAN
|
1.
|
BADDROL BAKHTIAR
|
29
|
TENGAH
|
KEDAH
|
2.
|
RIZAL GHAZALI
|
25
|
PERTAHANAN
|
KEDAH
|
3.
|
SYAZWAN ZAINON
|
28
|
TENGAH
|
KEDAH
|
4.
|
KHAIRUL HELMI JOHARI
|
29
|
PERTAHANAN
|
KEDAH
|
5.
|
AKRAM MAHINAN
|
24
|
TENGAH
|
KEDAH
|
6.
|
FARHAN ABU BAKAR
|
24
|
PENJAGAGOL
|
KEDAH
|
7.
|
FITRI OMAR
|
32
|
PERTAHANAN
|
KEDAH
|
8.
|
AHMAD HAZWAN BAKRI
|
26
|
PENYERANG
|
JOHOR D TA’ZIM
|
9.
|
SAFIQ RAHIM
|
30
|
TENGAH
|
JOHOR D TA’ZIM
|
10.
|
AMIRULHADI ZAINAL
|
31
|
TENGAH
|
JOHOR D TA’ZIM
|
11.
|
AZRIF NASRULHAQ
|
26
|
PERTAHANAN
|
JOHOR D TA’ZIM
|
12.
|
AIDIL ZAFUAN ABD
RADZAK
|
30
|
PERTAHANAN
|
JOHOR D TA’ZIM
|
13.
|
DARREN LOK
|
26
|
PENYERANG
|
JOHOR D TA’ZIM
|
14.
|
FADHLI SHAS
|
26
|
PERTAHANAN
|
JOHOR D TA’ZIM
|
15.
|
HAFIZUL HAKIM
KHAIRUL
|
24
|
PENJAGA GOL
|
PERAK
|
16.
|
SHAHROM ABDUL KALAM
|
32
|
PERTAHANAN
|
PERAK
|
17.
|
NAZIRUL NAIM CHE
HASHIM
|
24
|
PERTAHANAN
|
PERAK
|
18.
|
NASIR BASHARUDIN
|
27
|
TENGAH
|
PERAK
|
19.
|
NAZRIN NAWI
|
29
|
TENGAH
|
PERAK
|
20.
|
KIKO INSA
|
29
|
TENGAH
|
PAHANG
|
21.
|
AHMAD SYAMIM YAHYA
|
27
|
TENGAH
|
PAHANG
|
22.
|
KHAIRULAZHAN KHALID
|
28
|
PENJAGA GOL
|
SELANGOR
|
23.
|
WAN ZACK HAIKAL WAN
NOR
|
26
|
TENGAH
|
FELDA UNITED
|
24.
|
SHAHREL FIKRI MD
FAUZI
|
23
|
PENYERANG
|
PKNP FC
|
Hanya 13 pemain daripada
senarai 26 pemain dipanggil Vingada pada panggilan sulung di bawah kendaliannya
sebelum ini ketika skuad kebangsaan tewas 2-1 kepada Lebanon pada perlawanan
pertama kelayakan, 13 Jun lalu dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.
11 pemain yang digugurkan terdiri daripada Wan
Zaharulnizam Wan Zakaria, Afif Amiruddin, Mohd Faisal Mohd Rosli (Pahang),
Shahrul Saad (Perak), Amri Yahyah (Selangor), Safee Sali, Mohd Nazrin Syamsul
Bahri (PKNS FC) serta Izham Tarmizi Roslan, Mahalli Jasuli, S Chanthuru dan
Azammuddin Akil (Johor Darul Ta’zim).
Sementara dua lagi pemain iaitu Matthew
Davies, 22, dan Nor Azam Abdul Azih, 22, telah dilepaskan untuk bersama skuad
B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA Kuala
Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos ini.
Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan
seramai 11 pemain baharu termasuk memanggil semula dua pemain – Aidil Zafuan
Abd Radzak dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari Johor Darul Ta’zim yang
sebelum ini terpaksa dikeluarkan daripada kem latihan pusat pada Jun lalu kerana
kecederaan.
Baki sembilan pemain baharu lain terdiri
daripada penjaga gol Farhan Abu Bakar dan Fitri Omar (Kedah), Darren Lok dan
Fadhli Shas (Johor Darul Ta’zim), Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi (Perak),
Kiko Insa (Pahang), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United) dan Shahrel Fikri Md
Fauzi (PKNP FC).
Selepas menjalani latihan pusat harian selama
seminggu di Stadium Hang Tuah, Melaka dan perlawanan bertemu Syria di Stadium
Hang Jebat, Melaka pada 22 Ogos, skuad kebangsaan akan berlepas ke Macau pada
23 Ogos untuk perlawanan bertemu Macau di Kompleks Olimpik Macau pada 25 Ogos.
Kemudian mereka akan terbang terus ke Yangon,
Myanmar pada 26 Ogos untuk perlawanan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna,
Yangon pada 29 Ogos dan berlepas pulang ke tanah air pada 30 Ogos untuk
menyambung latihan pusat di Melaka bagi menghadapi Hong Kong di Stadium Hang
Jebat, Melaka pada 5 September.
SUMBER-http://www.fam.org.my/news/senarai-24-pemain-ke-kem-latihan-pusat-skuad-kebangsaan-harimau-malaya-14-o
Tiada ulasan:
Catat Ulasan