Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
STADIUM Shah Alam yang memberi
tuah kepada skuad bawah 22 tahun (B-22) negara dalam kemaraan ke pentas final
akan menjadi venue kemuncak perebutan pingat emas dengan Thailand, Selasa ini.
Pada awalnya ada cadangan untuk
mengadakan perlawanan akhir itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang berwajah
baru tetapi selepas mesyuarat penyelarasan antara wakil Kementerian Belia dan
Sukan serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, mereka memutuskan aksi
final itu kekal di Stadium Shah Alam dengan perlawanan bermula jam 8.45 malam.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim
Swee sudah beraksi di Stadium Shah Alam dalam empat perlawanan di peringkat
Kumpulan A dengan mencatat rekod bersih kemenangan ke atas Brunei, Singapura,
Myanmar dan Laos sebelum menewaskan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir,
semalam.
Thailand yang juga juara
bertahan yang bersaing dalam Kumpulan B beraksi di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang (MPS) termasuk ketika mengalahkan Myanmar di separuh akhir.
Bagi perlawanan penentuan
pingat gangsa pula, Indonesia dan Myanmar akan bertemu di Stadium MPS pada jam
4.30 petang, Selasa ini.
Tiket akan dijual kepada
penyokong dengan harga RM21.20.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 3:06 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan