Sabtu, 19 Ogos 2017

Syamsuri pemain paling popular



 
ARKIB : 15/09/2006
Mohd. Syamsuri Mustafa duduk di atas motosikal yang dimenanginya pada malam Anugerah Bola Sepak Malaysia di Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan dan Terengganu, Mohd. Syamsuri Mustafa dinobatkan sebagai pemain paling popular bagi musim 2005/06 pada majlis Anugerah Bola Sepak Malaysia yang berlangsung di Petaling Jaya malam tadi.

Pertandingan berdasarkan undian menerusi sistem mesej pesanan ringkas (SMS) itu memberikan peluang kepada para peminat untuk memilih pemain kesukaan mereka.

Ia turut menyaksikan Syamsuri terpilih sebagai penjaga gol paling popular.

‘‘Memenangi anugerah ini ialah pencapaian terbaik dalam karier saya dan ia lebih bermakna daripada anugerah penjaga gol terbaik yang saya terima dalam perlawanan menentang Korea Selatan dua tahun lepas,’’ kata Syamsuri.

‘‘Anugerah ini adalah daripada orang ramai dan pengiktirafan ini, saya sedar bahawa para peminat menghargai permainan anda.

‘‘Ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjadi lebih bagus pada musim depan dan saya berterima kasih kepada Coca-Cola dan FAM (Persatu Bolasepak Malaysia) kerana mewujudkan semula majlis penganugerahan ini yang merupakan pengiktirafan kepada kerjaya kami,’’ katanya lagi.

Musim Liga Perdana 2005/06 menyaksikan penjaga gol berusia 25 tahun itu dibolosi paling kurang gol.

Penjaga gol yang telah berkhidmat untuk skuad kebangsaan itu selama beberapa tahun itu membawa pulang trofi kristal, jaket dari Coca-Cola dan sebuah motosikal.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4qCkEEWRK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan