Pemain kebangsaan, N.
Thanabalan (jersi no. 12) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan pada
saingan separuh akhir acara Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Ke-29 antara Malaysia
menentang Indonesia di Stadium Shah Alam, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABDUL RAZAK
LATIF
Fadhilul Izmel Ishak
Sukan@Utusan.Com.My
sukan@utusan.com.my
26 Ogos 2017 10:49 PM
SHAH ALAM 26 Ogos - Hanya
selangkah lagi untuk pingat emas bola sepak Sukan SEA ke-29.
Jaringan N. Thanabalan pada
minit-minit terakhir permainan, sudah cukup untuk memastikan skuad negara
menewaskan Indonesia 1-0 di Stadium Shah Alam malam ini.
Dan Selasa ini, skuad kendalian
Datuk Ong Kim Swee ini akan meneruskan perjuangan untuk mendapatkan pingat emas
di hadapan penyokong sendiri dengan bertemu Thailand dalam pentas akhir di
Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam. - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kita-ke-final-1.519409#ixzz4qsUW8p3B
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan