Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
KEHADIRAN wira negara N
Thanabalan di sebuah restoran di Shah Alam awal pagi tadi mencetuskan
kekecohan.
Penyerang skuad bawah 22 tahun
(B-22) negara itu datang ke restoran berkenaan itu bertemu dengan keluarganya
selepas tamat perlawanan separuh akhir dengan Indonesia di Stadium Shah Alam.
Bagaimanapun sebaik menyedari
kehadiran Thanabalan, semua pelanggan yang kebanyakannya datang selepas
menyaksikan perlawanan itu bersorak dan mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad
muda negara mara ke final.
Kesempatan itu digunakan
sebaik-baiknya untuk penyokong berswafoto dengan Thanabalan hinggakan dia tidak
sempat duduk.
Bagi pemain berusia 22 tahun
itu, dia tidak menganggap dirinya sudah bergelar bintang namun menghargai
segala sokongan yang diberikan oleh penyokong.
“Saya terkejut juga bila masuk
ke restoran ini, semua orang bersorak, rasa terharu pun ada. Saya datang nak
bertemu dengan keluarga saya termasuk mak saya (Thiru Sundari) yang datang dari
Seremban ke stadium tadi (semalam).
“Saya masih muda, banyak lagi
saya kena belajar. Saya kena berusaha lebih keras untuk lebih berjaya. Saya
bersyukur dengan apa yang saya capai ketika ini tapi saya tak anggap diri saya
seperti ‘superstar’ (bintang) namun saya hargai segala sokongan yang
diberikan,” katanya.
Kerana keadaan semakin sesak
dengan ramai pelanggan mahu bertemu dengannya, Thanabalan terpaksa beredar
bersama keluarganya ke tempat lain.
Thanabalan mendapat perhatian
selepas menyumbat gol kemenangan ke atas Indonesia untuk membawa Malaysia ke
final bertemu Thailand Selasa ini.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 1:05 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan