Isnin, 28 Ogos 2017

KL2017: Emosi, semangat di tahap terbaik - Adib



Isnin, 28 Ogos 2017 | 5:18pm
 
KAPTEN skuad B-22 negara, Adib Zainudin menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang pentas final bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bertemu Thailand di Stadium Shah Alam, malam esok. - Foto Owee Ah Chun
KL2017: Emosi, semangat di tahap terbaik - Adib
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my       

SHAH ALAM: Tiada hadiah paling manis sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 negara, selain memenangi ibu segala pingat, andai skuad muda negara kendalian Datuk Ong Kim Swee dapat menewaskan Thailand di pentas final di Stadium Shah Alam, malam esok.

Ia diakui sendiri kapten negara Adib Zainudin yang percaya semangat luar biasa kini meresap dalam diri semua pemain menjelang pertemuan dengan juara bertahan itu.

"Saya dan rakan-rakan dalam tahap terbaik, emosi dan semangat yang luar biasa. Di harap elemen positif ini dalam diteruskan sehingga ke final.

"Thailand pasukan yang hebat di Asia Tenggara dan semua pasukan nak mengalahkan mereka. Saya harap kami dapat berusaha sehabis baik di final nanti," kata tonggak pertahanan itu.

Malaysia kini hanya selangkah untuk mengulangi kejayaan di Jakarta 2011 apabila mara ke final selepas menewaskan Indonesia 1-0 di separuh akhir, Sabtu lalu.

Malah anak buah Kim Swee cemerlang dengan rekod bersih empat kemenangan berturut-turut ke atas Brunei, Singapura, Myanmar dan Laos, untuk muncul juara Kumpulan A.

Ini final ke-12 Malaysia sejak Sukan SEA 1959 dan final kelima bertemu Thailand dengan rekod memihak kepada pasukan lawan yang mencatat tiga kemenangan dan kalah sekali.

Paling mengecewakan apabila 16 tahun lalu di venue yang sama, Malaysia tewas 0-1 kepada skuad Gajah Perang itu dan Adib percaya, ini detik terbaik untuk mereka menamatkan igauan buruk dengan Thailand.

"Rekod sebelum ini tidak begitu memihak kepada kita. Malah ketika kelayakan AFC (B-23) di Bangkok bulan lalu, kita juga tewas (0-3). Tapi kali ini kita menjadi tuan rumah, jadi ini peluang terbaik untuk balas dendam," kata pemain FELCRA FC itu.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 28 Ogos 2017 | 5:18pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan