Jumaat, 18 Ogos 2017

Thanabalan semakin bernafsu jaring gol



 N. THANABALAN (kiri) meraikan gol jaringannya dalam aksi bola sepak Kumpukan A menentang Singapura,
N. THANABALAN (kiri) meraikan gol jaringannya dalam aksi bola sepak Kumpukan A menentang Singapura, semalam.

18 Ogos 2017 3:24 AM
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Penyerang skuad bawah 22 (B-22) negara, N. Thanabalan mengakui dirinya semakin bernafsu untuk meledak lebih banyak gol dalam aksi seterusnya apabila berjaya membantu Malaysia melakar kemenangan 2-1 ke atas Singapura dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam semalam.

Thanabalan yang dimasukkan pada awal babak kedua menggantikan Syahmi Safari, menjaringkan gol kemenangan pada aksi tersebut berkata, biarpun sudah menang dua perlawanan namun mereka tidak boleh berada dalam zon selesa sebaliknya berusaha untuk menduduki tangga teratas kumpulan.

“Bagus untuk kami kerana berjaya bangkit daripada ketinggalan dan saya lihat pada babak pertama kami tidak mengikut perancangan dan situasi berbeza pada separuh masa kedua.

“Perjuangan kami masih belum selesai kerana ini baharu perlawanan kedua dan kami ada dua lagi aksi. Kami kena layak ke separuh akhir dan itu menuntut usaha keras daripada kami.
Advertisement

“Terima kasih kepada jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) kerana memasukkan saya dan terima kasih kepada rakan-rakan kerana membantu saya menjaringkan gol dan saya gembira kerana dapat menceriakan penyokong yang hadir.

“Kami tidak boleh leka dalam perlawanan seterusnya dan pastinya saya mahu menjaringkan gol lagi bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan selepas ini. Saya juga sudah bebas daripada kecederaan dan diharapkan dapat diturunkan dalam keselebasan utama,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Shah Alam semalam.

Sementara itu, Muhamad Nor Azam Azih yang turut menjaringkan gol pada aksi tersebut menggesa rakan sepasukannya agar memperbaiki kelemahan yang ada serta berehat secukupnya bagi menghadapi Myanmar pada Isnin depan di venue yang sama.

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/thanabalan-semakin-bernafsu-jaring-gol-1.516192#ixzz4q76RbtC4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan