Ahad, 20 Ogos 2017

‘Pemain ke-12 kekuatan kami’

SAFAWI RASID  
SAFAWI RASID

20 Ogos 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Selepas sekian lama, suasana bola sepak Malaysia di arena antarabangsa ‘hidup’ semula.

Momentum kecemerlangan skuad bawah 22 tahun (B-22) pada aksi kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu seolah dapat memujuk hati penyokong tempatan kembali ke stadium.

Selepas kemenangan 2-1 ke atas Brunei dalam aksi pertama Kumpulan A Sukan SEA di Stadium Shah Alam Isnin lalu, keyakinan penyokong semakin bertambah apabila lebih 40,000 penyokong hadir termasuk Ultras Malaya menyaksikan anak buah Datuk Ong Kim Swee bangkit mengalahkan Singapura dengan jaringan sama pada perlawanan kedua.

Suasana ini sudah lama tidak dirasai dan bagi pemain sayap negara Safawi Rasid, dia mengakui kehadiran ‘pemain ke-12’ itu menjadi pembakar semangat mereka.
Advertisement

Powered By YuMe

“Bagi saya, penyokong adalah pemain ke-12 dalam pasukan.

Lihat sahaja perlawanan dengan Singapura, kita sudah ketinggalan tetapi berjaya bangkit untuk mencipta kemenangan dan ini adalah sokongan padu penyokong yang menaikkan semangat pemain,” katanya.

Safawi berharap dia dan rakan sepasukan tidak akan mengecewakan penyokong yang mengharapkan mereka mara lebih jauh dalam saingan kali ini selepas terkandas di peringkat kumpulan dua tahun lalu di Singapura.

Bagi memastikan misi itu berjaya, mereka perlu menewaskan pendahulu kumpulan Myanmar dalam perlawanan ketiga di Stadium Shah Alam Isnin ini tanpa perlu menunggu keputusan akhir dengan Laos pada Rabu.

“Kita sudah meraih dua kemenangan tapi kita masih belum layak ke separuh akhir. Memang dalam dua perlawanan itu kita bergelut untuk menang tapi saya percaya jurulatih ada strategi tersendiri untuk berdepan Myanmar.

“Pada saya, kita tak ada tekanan meskipun Myanmar sudah layak ke separuh akhir, kita bermain di tempat sendiri jadi kita akan bermain seperti biasa, cuma tidak boleh leka dalam setiap saat sekali pun,” katanya yang meledak gol pertama ketika mengalahkan Brunei 2-1 baru-baru ini.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pemain-ke-12-kekuatan-kami-1.516920#ixzz4qIABDsWl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan