PEMAIN Malaysia menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam untuk persediaan menentang Maldives dalam perlawanan persahabatan hari ini. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
03 November 2018 3:00 AM
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata pemain negara seharusnya menjadikan pertemuan dengan Maldives esok sebagai ujian sebenar sebelum Harimau Malaya memburu kejayaan dalam Piala AFF minggu hadapan.
Katanya, buat masa sekarangitu kelak.dia belum mendapat bayangan siapa yang akan menganggotai kesebelasan utama dalam kempen Piala AFF yang berlangsung 8 November hingga 15 Disember nanti, tetapi membayangkan mungkin akan mendapat gambaran lebih jelas siapa yang layak berada dalam senarai utama menerusi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.
Oleh itu, katanya, adalah penting semua pemain negara menunjukkan keupayaan terbaik masing-masing jika mahu memastikan mereka terpilih sebagai pemain kesebelasan utama skuad negara dalam kejohanan dwitahunan
“Perlawanan persahabatan ini adalah ujian terakhir pasukan dan selepas lebih satu minggu menjalani latihan saya lihat kem berada dalam keadaan baik malah pemain juga bersedia untuk beraksi.
“Saya cuba untuk menurunkan kesebelasan terbaik untuk perlawanan esok kerana ada pemain yang baharu menyertai pasukan kebangsaan. Saya akan bincang dengan barisan kejurulatihan untuk menentukan kesebelasan terbaik.
“Saya fikir pertemuan menentang Maldives adalah ujian sebenar kerana mereka merupakan juara Piala SAFF dan motivasi pemain mereka berada dalam keadaan terbaik. Penting untuk pemain kita mengekalkan cara permainan yang diterapkan selama ini,” katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional hari ini.
Maldives hadir ke ibu negara untuk perlawanan persahabatan itu dengan semangat tinggi selepas muncul juara Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) dengan menewaskan India 2-1 dalam perlawanan akhir pada 15 September lalu.
Sementara itu, kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Razak secara peribadi mengakui prestasinya belum berada di tahap terbaik dan perlu bekerja keras jika mahu khidmatnya dikekalkan bersama pasukan selepas mendapat kritikan
Dalam pada itu, Cheng Hoe memaklumkan bahawa Kenny Pallraj dan Akhyar Rashid tidak dapat diturunkan esok kerana menghadapi masalah kecergasan.
daripada peminat bola sepak tempatan.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/suka/nbola-sepak/ujian-terakhir-harimau-malaya-1.780547#ixzz5Vkzinh6x © Utusan Melayu (M Bhd)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan