Sabtu, 10 November 2018

Harus manfaatkan laman sendiri

Harus manfaatkan laman sendiri
SAFAWI (tengah) berharap skuad Harimau Malaya mendapat sokongan
Safawi gesa rakan-rakan sepasukan raih kemenangan di Stadium Nasional, Bukit Jalil
Ahmad Fazli Mohd. Yadi
11 November 2018 2:04 AM
 SAFAWI (tengah) berharap skuad Harimau Malaya mendapat sokongan
SAFAWI (tengah) berharap skuad Harimau Malaya mendapat sokongan padu rakyat Malaysia apabila berdepan Laos pada aksi Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok.

PENYERANG sensasi negara, Safawi Rasid menggesa rakan-rakan sepasukan agar tidak memandang enteng terhadap Laos menjelang aksi kedua Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui skuad ken­dalian Tan Cheng Hoe harus kekal fokus untuk meraih kemenangan kedua dalam misi mencerahkan peluang melepasi peringkat kumpulan bagi tahun ini.


Terdahulu, Harimau Malaya menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila menewaskan Kemboja menerusi jaringan tunggal penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Selasa lalu.

Justeru, Safawi berharap ren­tak positif itu dapat dite­ruskan apabila menentang Laos apatah lagi beraksi di laman sendiri.

“Sudah pasti kita mahu mendapatkan kemenangan kedua apabila menentang Laos dan saya sangat gembira kita berjaya meraih tiga mata dengan menewaskan Kemboja baru-baru ini.

“Namun, kita kena cepat lupakan kejayaan itu dan memberikan fokus kepada aksi menentang Laos. Secara peribadi, saya menganggap Laos juga mampu memberikan tentangan hebat kepada pasukan negara. Jadi, kita tidak boleh memandang rendah cabaran mereka.

“Apa yang positif bagi aksi kedua ialah kita memiliki kele­bihan bermain di laman sendiri dan pastinya akan mendapat sokongan padu penyokong-penyokong tempatan. Kami akan berusaha memastikan Harimau Malaya meraih kemenangan kedua di Stadium Nasional,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Bagaimanapun, Safawi yang dinobatkan sebagai Pemain Pa­ling Bernilai 2018 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) baru-baru ini dilihat enggan mengulas mengenai status Harimau Malaya dan Vietnam yang diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan A.

“Sama ada Vietnam atau Malaysia ke pusingan akhir, ia tidak perlu difikirkan buat masa ini kerana kami hanya fokus untuk perlawanan kedua.

“Seperti saya katakan sebelum ini, semua pasukan harus diberikan perhatian serius. Bukan Vietnam sahaja tetapi ­Myanmar, Laos dan Kemboja. Jadi, kita harus bekerja lebih keras untuk menjadi lebih konsisten,” ­katanya.
SUMBER-KOSMO ONLINE 11 November 2018 2:04 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan