ARKIB : 13/08/2009
Tetap bagus walau seri -
Rajagobal
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
Pemain Malaysia, Mohd. Zaquan
Adha (tengah) diasak dua pemain Kenya dalam perlawanan persahabatan di Stadium
Shah Alam, semalam.
Menurut Rajagobal, pemainnya
terutama di bahagian pertahanan berjaya mengekang pemain Kenya yang mempunyai
kelebihan fizikal, malah mampu mengheret perlawanan berakhir dengan keputusan
seri.
"Semua pemain bermain dengan
baik secara keseluruhannya seperti saya beritahu sebelum ini mereka masih lagi
perlu banyak belajar," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Jelasnya, menentang sebuah
pasukan yang kuat memberi peluang kepada pemain untuk belajar menghadapi
perlawanan yang lebih kompetitif.
"Saya berasa gembira kerana
Kenya sudi datang bertemu dengan Malaysia sekali gus memberi ruang kepada
pemain saya menimba pengalaman sebanyak mungkin," katanya.
Kenya yang berkedudukan ranking
ke-105 dunia menguasai perlawanan pada 10 minit awal separuh masa pertama,
namun mereka gagal menembusi gawang yang dikawal, Farizal Marlias.
Pada minit ke-19, Kenya
memperoleh sepakan percuma di sebelah kiri pintu gol Malaysia, namun sepakan
yang diambil Julius Owina menuju tepat ke dakapan Farizal.
Seminit kemudian Malaysia pula
mendapat sepakan percuma bagaimanapun tendangan yang diambil Safiq Rahim
berjaya ditumbuk keluar penjaga gol Kenya, Wilson Oburu.
Malaysia sekali lagi memperoleh
peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-39 apabila Zaquan Adha Abd. Radzak
melakukan hantaran lambung kepada Norshahrul Idlan Talaha yang tidak dikawal,
bagaimanapun penyerang UPB-MyTeam itu gagal melakukan rembatan kemas.
Rajagobal cuba menukar rentak
permainan pada separuh masa sambil mengharapkan hantaran lintang dari sebelah
kanan dan kiri, bagaimanapun tugas yang dipikul oleh S. Kunanlan dan Khyril
Muhymeen Abd. Zambri itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.
Malaysia hampir menjaringkan gol
pada minit ke-81 apabila hantaran lintang pemain gantian, Amirul Hadi Zainal
dari sebelah kanan menuju tepat ke Ahmad Fakri Saarani, namun tandukannya di
dalam petak penalti tersasar keluar.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5YKFSFPfn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan