ARKIB : 09/06/2009
KUALA LUMPUR - Skuad negara bawah
23 akhirnya mencatatkan kemenangan sulung daripada tiga perlawanan persahabatan
apabila menewaskan kelab Shanghai Zhong Bang FC 2-1, semalam.
Pada perlawanan itu, Malaysia
menjaringkan gol menerusi pemain tengah, Mahalli Jasuli dan penyerang, Farderin
Kadir untuk menewaskan kelab Liga A China itu.
Skuad bimbingan K. Rajagobal yang
berada di China sejak awal bulan ini tewas pada dua perlawanan sebelum ini
iaitu 2-3 di tangan kelab Nan Chang 81 FC dan 1-4 dengan kelab Liga Super
China, Shanghai Shenhua FC.
Skuad negara dijangka kembali
esok, dan bakal beraksi pada satu lagi perlawanan persahabatan menentang skuad
bawah 23 Indonesia Sabtu ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Perlawanan persahabatan tersebut
diadakan berikutan pembatalan Kejohanan Piala Antara Benua di sini dari 1
hingga 14 Jun ini akibat penularan wabak influenza A (H1N1).
Ia juga merupakan antara
persediaan bagi Rajagobal untuk menilai pemain sebagai persediaan menghadapi
Sukan SEA di Laos Disember ini. - BERNAMA
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5XwNiRybM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan