MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
NILAI: Magis ketua jurulatih
skuad bola sepak negara, Tan Cheng Hoe sekali lagi ditagih bagi memastikan
bekalan selesa mampu diraih pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di
Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Tonggak tengah skuad Harimau
Malaya, c yakin Cheng Hoe yang juga bekas jurulatihnya ketika di Kedah
mempunyai sentuhan 'ajaib' untuk memastikan Malaysia mampu mengatasi skuad
Gajah Perang dalam pertemuan itu.
Lantas, dia berharap rakan
sepasukan akan mengikuti segala arahan Cheng Hoe yang dijangka melakukan
beberapa perubahan dalam permainan.
"Ia, saya sudah lama
mengenali jurulatih sejak di Kedah lagi. Saya tahu beliau mempunyai sentuhan
istimewa yang boleh menyusun strategi terbaik bagi menghadapi aksi menentang
Thailand nanti.
“Kita akan mengintai dan mencari
kelemahan lawan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Saya harap kami mampu
melakar satu lagi kejutan untuk menang selepas menang dengan Myanmar,” kata
Akram.
Malaysia berdepan laluan sukar
selepas dijadualkan menentang juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir
kempen Piala AFF kali ini.
Thailand mara ke separuh akhir
selepas menang selesa 3-0 ke atas Singapura pada aksi terakhir kumpulan B di
Stadium Rajamangala, Bangkok, sekali gus muncul juara kumpulan.
Malaysia pula mara ke separuh
akhir selaku naib juara kumpulan A selepas menang selesa 3-0 ke atas Myanmar
pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Perlawanan separuh akhir kedua
berlangsung di Bangkok pada 5 disember.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 27 November 2018 @ 8:52 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan