Khamis, 9 Jun 2016

Senarai 27 pemain B-22 ke Jepun

KHAMIS, 9 JUN 2016 @ 6:02 PM
KELANA JAYA: Ketua jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 27 pemain yang akan menyertai kem latihan di Chiba, Jepun dari 10 Jun hingga 28 Jun ini.

      Bernhardt menggugurkan tiga pemain yang disenaraikan dalam Piala Negara-Negara 2016 di Melaka dan digantikan dengan tiga muka baharu. Tiga pemain berkenaan ialah Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) dan digantikan dengan Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang).

       "Bagi saya, kem latihan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak dapat diturunkan pada kejohanan Nations Cup lalu untuk mempamerkan kualiti mereka dan juga bagi memperbaiki aspek kecergasan pasukan secara keseluruhan," kata pengendali dari Jerman itu. Skuad Bernhardt akan berlepas ke Jepun jam 10.50 pagi esok dan dijadual beraksi dalam siri perlawanan persahabatan menentang Yokohama FC (13 Jun), Machida Zelvia FC (20 Jun) dan Shonan Bellmare (22 Jun).

Penjaga gol: Muhammad Haziq Nadzli (PDRM), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Amierul Hakimi Awang (Terengganu)

Pertahanan: R Dinesh (Frenz), Muhamad Hafiy Haikal Ismail, Dominic Tan (JDT II), Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham (N Sembilan), Muhammad Arif Farhan Md Isa (Kedah), Sanjef Dinesh (DRB Hicom), Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (Kelantan), Muhammad Irfan Zakaria (K Lumpur), Muhammad Zulkhairy Zulkeply, Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC), Mohamad Tengah: Faisal Abdul Halim (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle (T-Team), Mohammad Farhan Roslan (Kedah), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II), Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak), Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew (P Pinang)

Penyerang: Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang), N Thanabalan (N Sembilan), Muhamad Arif Mohamed Anwar (K Lumpur), Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah) BERNHARDT menggugurkan tiga pemain yang disenaraikan dalam Piala Negara-Negara 2016 di Melaka dan digantikan dengan tiga muka baharu. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
 


BERNHARDT menggugurkan tiga pemain yang disenaraikan dalam Piala Negara-Negara 2016 di Melaka dan digantikan dengan tiga muka baharu. - Foto Muhammad Hatim Ab MananSUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162541

Tiada ulasan:

Catat Ulasan